Thursday 13 October 2011

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday 2 October 2011

aikkkkk..........mengeluh sja diri nie..terlalu byk yg d fkrkn..knp hidup nie x pernah nak senang,mesti sja ada masalah yg nak d selesaikn,,,,

lepas satu,satu plak lg yg muncul,,,ya Allah apalh yg harus ku lakukan saat ini...adakah aku harus diamkn sja diriku melihat dia trus membuat perkara itu????  tp klu aku bersuara adakah dia akan mendengar kataku...???

setakat ini aku hanya mampu bersabar dan melihat sja apa yg akan berlaku di hadapan kelak...semoga apa sja yg terjadi akan memberi hikmah kpd nya....amin...

Thursday 22 September 2011





pic t'baru time rya...dah lma x in kt blog nie...bz..bz..ja..

Tuesday 31 May 2011

wajah comel putra putri ku...




nielh pic ank kesyggn ku...dah besar dah mereka ni..pdai da buat hati mama nie geram dgn gelagat mereka...
heheeh biasalh budak2 nie nakal2 time kecik2 nie bikin hati kta teruji dgn telatah mrk...


apa2 pun mama harap dan b'doa semoga ank2 mama sehat2 dan jd ank yg soleh dan solehah nti besar kelak..amin...love so much from mama 2 danial n lya...

Monday 16 May 2011

muntah..muntah..muntah...

aduiiii badan nie da x larat nak bawa lg...rasa mual nie mcm x nak ilang2....
sengsara jg  mengandung nie...
mn lg rasa  peningnya..pas 2 mood pun ikut angin..
mmg byk kerena lh time2 nie...

kesian my hubby dialh byk tlng kebelakangan nie
klu x da dia alamat  x  kemas lh rumah nie...
tq  syg sbb  byk tlng ayg....love u,danial,lya n ayah....

Monday 18 April 2011


pic kngan time kawin chen2.....lawak klu d ingatkn time 2...hhahhahhah

Tuesday 22 March 2011

Cerita cinta monyet..hihihi

datang plak jiwang time dgr lagu korea nie 'park shin hye'...
hahhaha kngan lma menjelma semula...kisah cinta yang dah tggl sejarah...


RAHMAN...
dia lah kekasih pertama ku,,,
kami hanya bertentangan mata setiap kali kmi berjumpa,hanya senyuman yg jadi  hadiah setiap kali  terserempak..x pernah berbual apa lg berjumpa...
tp tup..tup..tup heboh satu kg konon nya aku dan dia bercinta....
hhahahahahhaha
dan dr situ bermulalh usikan nakal teman2 kmi yg 'menjodohkan' kmi...
kmi jd kekasih tanpa ada ucapan rasmi dari dia atau pun aku untuk 'mensahkan' hubungan kami sbg kekasih...


kami pun spt kerbau di cucuk hidung hanya ikut permainan teman2 kmi...kmi bercinta dan aku rasa bahagia bersamanya..jantung ku ini berdegup kencang setiap kali terlihat dirinya..
tp hubungan kmi x lma..
suatu hari aku terserempak dgn kawannya dan kmi berbual seketika dan tanpa aku sedari rupanya dia terlihat aku bersama kawannya itu,dengan muka masam dia pergi dan lbh semggu dia x tegur aku...apa lg jumpa aku...selalunya bla time blk skola dia slalu ambil aku tp slps kjdian itu dia senyapkn dirinya...aku?? aku apa lg org dah merajuk tggu lh rajuknya tu surut bru aku jumpa...


dua mggu kmudian dia tetiba dtg dan berkata biarlah kta putuskn sja hubungan kta ini ...aku terkedu dan perasaan ku bercampur baur tika itu,sedih...gelihati dan keliru...
aku sedih sbb aku dah syg kt dia..
aku gelihati sbb hubungan apa yg dia nak putuskn sbb slama ini  kmi mcm bercinta main2 ja...
dan keliru knp gtu cepat kmi berpisah...


dan slps itu aku pun solo... tp begitu susah aku nak lupakn kngan aku bersama dia
smpai hbs dua buku diary ku aku bakar  hanya krn nak lupakn dia tp x blh sehingga saat ini dia msh ada jauh d lubuk hatiku...kenangan terindah..


DIMAN


Lelaki ke dua yg muncul dlm  ku..
aku pun x tau bla lg dia nie perhatikan diriku
tetiba ja dtg makcik nie(tuan rumah yg diman sewa bilik) jumpa aku gtau suruh kerumahnya ada hal ptng katanya..aku mmg biasa dgn klurga mck nie jd aku pun dtg je lh ...org dah jemput apa lg gi je lh...
setiba aku disna dia knl aku dgn pemuda nie(Diman)...dia kta pemuda nie yg nak  knl dgn aku...terkejut mmg t'kjut pun tp kontrol lh skit...kmi pun berbual...tya ini..itu...begini..begitu...


selang beberapa hr ada surat utk ku dr nya...nak belanja makan sabtu nie ...mcm mn aku nak jawap..klu mak aku tau hal ini pasti dia marah...aku pun mta pdpt kakak ku dan dia dgn baik hati m'izinkn aku pergi pasal mama dia kta biar dia settle kn dgn syarat balik cepat..


dan sabtu tu adalh first date ku sama dia dan kelakarnya kmi hanya g restoran Malindo makan tghari pas 2 aku  ckp aku harus blk..x blh lma2 kluar...dan berakhirlh first date ku sma dia dlm masa 1 jam ja kmi berjalan sma...hahhahah dating apa 2 klu gtu...hikhik


tp dia nie berani..dlm 2 bulan kmi knl trus dia sunting aku sbg kekasihnya..mulanya aku tolak sbb aku msh x blh lupakan rahman tp dia nie x pernah nak mengalah di cubanya lg dan sbb terharu dgn sikapnya aku terima dia dlm hidup ku...lma jg kmi couple mau hmpir setahun tp hubungan kmi di tentang oleh nenek ku krn alasan dia klu org kuala penyu apalgi bangsa bisaya nie x bagus ktanya...
aku dilema mana satu harus aku pilih...dan ketika aku cuba mengalah dengan merelakn hubungan ini berakhir dia dtg bersemuka dgn nenek ku...dan dia berjanji akan jg aku baik2 tp nenek ku ttp x merestui hubungan kmi...
dan dia kata klu aku setuju hanya satu sja jalan yg kmi ada iaitu kawin lari...
aku terkedu dan x pernah terlintas di fkrn aku untuk pergi sejauh itu...dan dgn hati yg berat aku pun berkata padanya biarlah hubungan kta ini ttp begini andainya ada jodoh diantara kta, kta akan bersama jua tp klu x ada terima sja lh...aku x putuskn hubungan ini tp andai ada diantara kta yg sdh ada pilihan lain itulh penamat cinta kita...


dan 5 bulan kemudian dia dtg kerumah ketika itu hari raya bersama seorg wanita dan dia perkenalkn wanita itu sbg isterinya...dan entah knapa hati ku ketika itu x terasa apa2 pun...mgkin aku dah duga kejadian itu yg akan berlaku kelak...


RAZIF


lelaki ke3 dlm hati ini...
kmi berkerja di tempat yg sma...tp pertemuan kmi terjadi bukan dlm keadaan yg baik...
dia ketika itu seorg penyelia bhgian kbshn d airport dan aku cashier d restoran d airport jg...pekerjanya salah seorg kawan lma aku ketika d bangku skola rendah..mmg dia nie kira lambt skit dr org lain ..namanya jeremi...jeremi slalu mengaduh arah ku konon dia slalu d buli oleh  penyelianya..ktanya mentang2 ank org kaya berlagak...aku tersentuh m'dgr keluhannya...
dan suatu hr ketiga c razif nie lepak d restoran...aku pun cuba utk b'ckp dgn nya..dan mmg dia nie sah jenis yg angkuh...aku pun ckp lh dgn dia w'pun dia tu kira bos tp jgnlg blh buli org sesuka hatinya...dan entah knp perasaan ini mmg x suka terhadapnya...dia kta jgn masuk cmpur klu bkn hal aku...ok aku kta dan sejak dr itu asal ja jumpa dia mmg aku meluat tgk muka dia...hati ini sakit semcm ada kemarahan yg besar dlm diri ini t'hdpnya...


dan entah mcm mn slps beberapa lma dan aku pun x persaan kmi blh baik semula
dan slps m'genalinya rupanya dia nie sweet..kuat melawak dan menghiburkan..
dan tetiba ja perasaan ku spt di tiup bayu angin sepoi2 bahasa..rasa syg mula berputik...klu x melihat wajahnya hati ini gelisah...slalu terbayang wajahnya...dan klu byngan wajahnya terlintas di fkrn tetiba ja dia muncul...mcm tau2 ja kdtngn dia 2 ku natikn..


dan akhirnya tangal 03.12.2006
aku rasmi dan sah menjadi isterinya...
dan kini kmi d kurniakan sepasang cahaya mata..
Ag Ahmad Danial dan Dg Nur Aleeya Maisara...


dan kini kisah cinta ku semakin bertambah hati ini terpaksa berkongsi cinta untuk org2 yg ku sygi...



keluhanku...

kenapalah hari ini sakit plak hati ini...
ingat dah jauh ok dah tp sebaliknya plak t'jd...
hati ini terus ja ku pujuk supaya b'sabar tp sampai bila lh harus aku bertahan dgn sikapnya...
aku mengalah bukan kerana takut.aku diam bukan kerana aku bisu tapi aku hanya hormat dia sja sbb 2 aku senyap ja dgn segala yg dia lakukan t'hdp ku...


aku bertahap demi org yg aku syg,klu aku x fkrkn ttg mereka m'gkin dr dlu lg aku dah angkat kaki dr sni...bukan aku x boleh  berdikari sendiri pun...aku boleh malah mungkin hidup ku lg bagus klu aku sendiri...tp .......


mmg ada tapi,...aku x blh ptngkn diri ku s'diri sja...nti mcm mn dgn org2 yg aku syg?
aku x blh hidup tanpa mereka...


Ya Allah...bagilh aku kekuatan untuk menjalani hidup ini....jauhkn aku dari sikap x mensyukuri nikmat Mu ini...berilh aku,dia dan org yg aku sygi petunjuk dan cahaya dlm mengharungi cubaan dunia...Amin...